Rabu, 8 Januari 2014

Teknik-teknik mudah dan pantas memasang kanopi / khemah

| Tiada Ulasan
Assalamualaikum,

Selamat sejahtera kepada semua rakyat Malaysia dan pembaca blog Pembekal kanopi Utama Malaysia khususnya. Suasana sambutan dan semangat tahun baru 2014 masih lagi segar dengan azam yang begitu kuat untuk terus maju dan berjaya.

Selamat maju jaya juga kepada semua rakan-rakan perjuangan yang sama-sama berjuang dan berusaha dalam bidang dan ruangan yang sama, bertukar-tukar pendapat dalam memudahkan segala yang berat dan sukar sebelum ini menjadi lebih mudah dan ringkas.

Teknologi dan teknik sentiasa berubah, manusia sentiasa berfikir, tidak akan mengulangi perkara yang boleh mengusutkan, tak perlu berundur ke belakang, terus maju ke depan dengan cara yang lebih bijak.



Baru-naru ini saya bertemu dengan rakan yang sangat sporting, yang telah sekian lama dalam bidang perusahaan sewaan kanopi, pemasangan khemah, dekorasi dan segala yang berkaitan dengannya. Kami berbincang dan bertukar2 pendapat mencari kaedah yang paling mudah dan ringkas dalam mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan bidang yang kami ceburi.

Saya mempelajari beberapa teknik yang sangat menarik di mana selalunya memerlukan beberapa orang untuk melakukannya, tetapi ianya boleh dilakukan hanya dengan seorang diri… Menjimatkan tenaga kerja dan masa.

Antara yang paling menarik adalah teknik menaikkan tiang kanopi atau khemah dengan hanya seorang diri dan mengangkat 25 buah kerusi dengan cara yang mudah dan pantas serta beberapa teknik lain yang sangat berguna.

Teknik memasang tiang kanopi dengan hanya seorang diri: Letakkan tiang bersebelahan dengan anda, gunakan kedua tangan menaikkan palang kanopi dipenjuru kiri atau kanan setiap seorang. Setelah dinaikkan, luruskan sebelah tangan tegak keatas (jangan bengkokkan siku, pastikan ianya lurus), gunakan sebelah tangan lagi mengambil tiang dan pasangkan pada besi sudut. Mudah bukan? Anda boleh praktikkan cara ini seberapa kerap sehingga menjadi biasa. Anda hanya memerlukan 2 – 3 orang sahaja untuk memasang khemah / kanopi denagn sangat pantas berbanding dengan 4 - 5 orang sebelum ini. KLIK SINI untuk lihat gambar pemasangan kanvas piramid.

Satu lagi teknik adalah mengangkat kerusi plastik sebanyak 20-25 unit sekali gus. Memang sukar dan berat kan? Lebih2 lagi kerusi 3V. Tapi percayakah anda? Dengan teknik yang betul, segala kerja anda akan menjadi mudah dan pantas tanpa merosakkan otot dan tulang anda. Susun 20-25 kerusi plastik, pegang bahagian bawah kerusi tersebut dan angkat dengan pantas ke bahu anda dan terus masukkan ke dalam lori. Macam susah bukan? Anda cuba dan praktikkan, dan anda akan tahu. Kerja anda akan lebih pantas dan mudah. Jika orang lain hanya mampu pasang 3 tempat majlis dalam satu hari, anda mungkin mampu pasang 6 tempat dengan hanya 3 orang tenaga kerja berbanding 4-5 orang sebelum ini.

Teknik2 lain yang menarik yang telah kami bincangkan bersama adalah seperti teknik memasang scallop dengan cara yang mudah dan pantas, membasuh kain alas meja tanpa merosakkan kain tersebut, mencuci kanvas dan berbagai2 lagi yang lain.
Saya harap teknik tersebut di atas dapat membantu anda sebagai pengusaha kanopi meneroka cara yang lebih mudah dan menjimatkan masa dan tenaga.
Selamat Berjaya…



Kongsikan ilmu anda kerana teknologi tak pernah berhenti di situ… Kalau dulu orang mengangkat batu besar menggunakan tangan beramai2, tapi sekarang hanya menggunakan sentuhan jari… Tak mustahil akan datang pemasangan kanopi hanya mengunakan pandangan mata sahaja… Percaya tak?  

Dapatkan pakej kanopi yang lengkap dari Saidina Excel Canopy. KLIK SINI 




Kami akan bantu anda dalam memasarkan perniagaan anda dengan membina laman web yang mampu menarik pelanggan ke tempat anda. KLIK SINI 
Tags :
Catat Ulasan

Laman Web

Maklumat Popular

Follow by Email


Page Rank myairar Backlink checker to saidinaxlcanopy.blogspot.com
|
Saidina Group | Hartanah | Waris Canopy | Haqem Canopy | Yusli Canopy | Ramlee Kanopi | LHA CREATION | DNK | Sales @ Saidina Group | Saidina Steel Furniture | Saidina.my