Pakej Bajet RM10,000.00 ( Jualan Set Kanopi / Khemah ) - Set Permulaan

Ada beberapa pelanggan yang bertanya saya bahawa mereka mempunyai modal sebanyak RM10,000.00 dan berhasrat untuk menjalankan perniagaan sewaan kanopi. Bagi saya tidak ada masalah kerana yang penting semangat mereka yang mempunyai azam untuk membina perniagaan walaupun dengan modal yang rendah. Yang penting matlamat dan perancangan yang betul.

Setelah membaca beberapa tajuk perbincangan dan maklumat yang menarik dalam blog Saidina Excel Canopy yang memaparkan beberapa panduan untuk memulakan perniagaan kanopi, mereka telah mendapat ilham serta tergerak hati untuk menggunakan modal yang ada untuk mengambil peluang dari kesempatan yang ada.

Saya mencadangkan mereka dengan pakej permulaan yang rendah sebagai tapak permulaan dalam mencari pengalaman sebagai asas sebelum mengorak langkah yang lebih jauh.

Daftarkan syarikat anda, mulakan satu perniagaan yang bermanafaat untuk mereka dan masyarakat yang memerlukan. Kenapa? sebab kanopi adalah universal. semua orang perlukan kanopi atau khemah sekarang... Dari majlis besar yang grand sehinggalah kepada keperluan dalam urusan kematian.  Sekurang2nya perlukan satu atau dua khemah untuk melindungi pengunjung atau tetamu yang hadir daripada kepanasan atau hujan sebagai tempat berteduh.

Kebanyakan komuniti memerlukan khemah yang ringkas untuk kegunaan majlis2 kecil seperti khenduri doa selamat, jamuan makan, majlis hari jadi dan sebagainya...

Kumpulkan pengalaman, buat perancangan yang betul untuk persediaan yang lebih maju kerana kami sentiasa memberikan peluang kepada anda. Kami sediakan pinjaman kewangan bagi mereka yang telah menjalankan perniagaan kanopi yang mempunyai rekod jualan yang baik bagi setiap transaksi yang dilakukan. Oleh itu, simpan semua resit yang ada untuk tujuan tersebut. Anda hanya perlu tunggu 6 bulan dengan rekod perniagaan yang teratur... dan anda layak untuk terus membina perniagaan yang lebih besar... KLIK SINI

Apa yang anda boleh dapat dengan modal RM10,000.00?

PRODUK
Keterangan
Saiz
Kuantiti
Kanopi PIRAMID
Jenis rangka (Frame): BERCAT (silver)
Tebal besi: 1.6mm
Kanvas: (0.38) diimport dari Korea
20' x 20'
3
Longkang hujan (gutter).
Jenis: Kanvas
Diletakkan di antara kanopi bersebelahan untuk mengalirkan air hujan.
20'
2
Meja Petak
Ketebalan Plywood: 12mm
Kaki besi bergalvani (tahan karat).
Muatan: 4 tempat duduk.
3' x3'
30
Kerusi plastik
Model: MS 938C
Tahan lasak, ringan, tidak mudah reput serta tahan lama.
Pilihan warna: Putih / Merah / Biru / Biru Marble / Putih Marble.
PERCUMA cop (spray) nama syarikat.
Majoriti pengusaha kanopi dan katering memilih kerusi jenis ini kerana kualitinya yang tinggi dan paling tahan lama.
100
Hubungi kami untuk dapatkan sebutharga dari pakej di atas.

Dapatkan pakej lain yang juga menarik. KLIK SINI

Catat Ulasan

0 Ulasan