Bagaimana mengelakkan kanopi / khemah runtuh / terbang semasa cuaca buruk?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pelanggan Saidina Excel Canopy. 


(Artikel di bawah adalah hak milik intelek Saidina Excel Services Sdn Bhd. Sebarang peniruan / penciplakan adalah dilarang. Sila gunakan kepakaran anda sendiri untuk sebarang tulisan / pos.)

Keadaan cuaca di Malaysia yang tidak menentu ketika ini merunsingkan pengusaha kanopi yang memungkinkan kanopi diterbangkan oleh angin yang kuat atau roboh akibat hujan yang terlalu lebat.

Agak mengecewakan kerana tiada satu pun pengeluar kanopi yang akan menggantikan kanopi yang telah rosak akibat bencana alam seperti ribut, angin kencang atau hujan lebat. Kerosakan akibat bencana alam tidak akan mendapat gantian secara percuma oleh mana2 pengeluar. bukan sahaja kanopi, malah semua produk termasuk kereta atau rumah sekalipun kecuali memiliki insuran yang sudah semestinya perlu membayar premium yang terlalu tinggi.

Kita semua maklum bahawa kesan ribut atau angin kencang boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada pemasangan kanopi sedangkan rumah yang dibina kukuh juga boleh rosak, inikan pula kanopi yang hanya menggunakan rangka besi. 

Kesan2 buruk boleh dielakkan atau dikurangkan jika kita faham keadaan struktur kanopi dan cara pemasangan yang betul. Saya memberikan sedikit panduan untuk anda membuat persediaan sekiranya berlaku peristiwa bencana alam yang tidak diduga. Walaubagaimanapun, segalanya adalah ketentuan Allah. Kita hanya mampu berdoa kepadaNya agar segala perkara yang kita lakukan diberkati dan dilindunga olehNya.





Gambar2 di atas menunjukkan kesan daripada kanopi yang ditiup angin di mana kanopi tersebut telah terbalik setelah ditiup oleh angin yang sangat kencang semasa berlaku hujan lebat. Besi2 rangka bengkok dan kanvas telah koyak. Kos pembaikan hampir separuh harga kanopi yang terpaksa ditanggung oleh pengguna akibat bencana alam yang tidak dapat dielakkan.

Kerosakan tersebut mungkin akan dapat dielakkan atau dikurangkan jika langkah2 berjaga2 dapat dilakukan semasa pemasangan.

1. Tiang kanopi perlu diikat kuat ke objek lain yang lebih kukuh atau membuat pasakan pada setiap tiang. Pastikan ikatan pada objek dan pasakan pada lantai tersebut kukuh.  

2. Turunkan ketinggian kanopi pada paras yang selamat (sebaiknya separuh dari ketinggian maksima. 

3. Elakkan menggunakan dinding tepi atau sidewall atau berikan ruang untuk laluan angin kerana angin akan menolak kanopi tersebut ke atas.

Terdapat berbagai peristiwa seperti kanopi terbang sehingga beberapa meter dari tempat asal dan ada juga yang terbang dan hinggap di atas kanopi bersebelahan dan berbagai peristiwa lain yang amat mengecewakan pemilik kanopi tersebut. Perkara seperti ini sepatutnya dapat dielakkan atau dikurangkan kerana ianya amat merugikan dan membahayakan pengguna.






Gambar2 di atas menujukkan peristiwa di mana kanopi runtuh akibat hujan yang terlalu lebat. Air telah bertakung di atas kanvas dan runtuh setelah besi rangka bahagian atas tidak mampu menampung lagi kuantiti air yang terlalu berat.

Peristiwa kanopi runtuh akibat takungan air dapat dielakkan sekiranya cara pemasangan yang sempurna dapat dilakukan. Kanopi dengan kanvas yang berkedut dan melandut akan mengundang padah apabila berlaku hujan lebat. Mungkin pemasang menganggap pengikatan kanvas yang ketat tidak perlu dan remeh kerana pada kebiasaanya keadaan seperti itu tidak berlaku pada ketika keadaan cuaca yang baik.  

Setiap pemasang kanopi perlu membuat ikatan kanvas yang tegang pada kedudukan dan bentuk kanvas yang baik agar air hujan dapat mengalir dengan sempurna dan terus jatuh ke bawah tanpa bertakung akibat kelonggaran ikatan kanvas.

Perlu diingat bahawa kos kerosakan akibat bencana alam perlu ditanggung sendiri oleh pemilik di mana ianya memerlukan kos yang tinggi untuk pembaikan.

Saya harap panduan di atas amat berguna bagi anda yang membuat persediaan untuk pemasangan kanopi pada keadaan apa cuaca sekalipun kerana kita tidak akan menjangka bencana berlaku pada bila2 masa. 

BERINGAT SEBELUM KENA!

HUBUNGI KAMI untuk mendapatkan kanopi berkualiti tinggi dengan rekabentuk terbaik.

Catat Ulasan

0 Ulasan