Pembekalan Set lengkap Kanopi Arabian ke Kampung-kampung di DUN Sg Manik kawasan Parlimen Pasir Salak.


Assalamualaikum wbt.

Keyakinan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan kami telah meningkat dengan kejujuran dan komitment yang diberikan selama ini. Kami bersama-sama semua pihak yang mempunyai inisiatif dalam membantu masyarakat yang mempunyai wawasan bagi memajukan komuniti setempat.

Ahli ParlimenPasir Salak YAB Dato' Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Pertanian telah berusaha keras memberikan perkhidmatan yang terbaik mereka dengan membantu masyarakat setempat dengan keperluan set lengkap khemah di seluruh kampung-kampung di DUN Sg Manik di kawasan Parlimen Pasir Salak.

Berikut kami kongsikan beberapa siri gambar-gambar semasa pengagihan set khemah tersebut:


 KAMPUNG CHENDERONG BALAI











 Ketua kampong bergambar beramai2 bersama wakil pusat khidmat Parlimen Pasir Salak dan Saidina semasa penerimaan. Ketua kampong mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan YAB Dato Seri kepada masyarakat kampung dan akan memanafaatkan pemberian tersebut untuk keperluan penduduk. 

 KAMPUNG PERMATANG PELANDOK








 KAMPONG BARU REDANG PUNGGOR





Terdapat beberapa siri penghantaran lagi ke kampung-kampung di kawasan Parlimen Pasir Salak. 

Kami mengucapkan terima kasih kepada YAB Dato Seri Tajuddin Abd Rahman di atas kepercayaan beliau pada syarikat Saidina dalam projek ini.

Kami mengucapkan terima kasih juga kepada Ketua dan penduduk kampung serta pihak pusat khidmat yang memberikan kerjasama semasa kerja-kerja penghantaran tersebut. Semoga sumbangan dari pihak Parlimen Pasir Salak ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya.

Catat Ulasan

0 Ulasan