Risiko dalam memulakan perniagaan sewaan kanopi yang perlu diketahui.


Kenapa ada Segelintir Pengusaha sewaan kanopi gagal dalam perniagaan mereka?

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada semua pelanggan dan pengunjung blog Saidina Group.

Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah nikmatnya kita telah hampir ke penghujung tahun 2015. Hanya beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun 2015 yang penuh dengan cabaran yang telah kita kenalpasti. Alhamdulillah, kita berjaya mengharunginya samada dengan penuh getir atau sebaliknya. Yang pasti, kita berjaya melaluinya walau dalam keadaan apa sekalipun. 

Dua (2) perkara paling besar yang terpaksa kita tempuhi dalam tahun 2015 adalah perlaksanaan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan kejatuhan nilai ringgit yang sedikit sebanyak menjejaskan kerancakan perniagaan kecil dan sederhana. Namun, saya tidak akan menyentuh perkara ini dengan mendalam. Biarlah ianya dibincangkan oleh pakar-pakar ekonomi yang lebih arif yang menentukan hala tuju ekonomi negara Malaysia.

Apa yang saya ingin sentuh di sini adalah bagaiman kita membina kekebalan diri dalam membentuk sesebuah perniagaan, dengan kepakaran dan pengalaman yang saya ada, saya fokuskan kepada perniagaan sewaan kanopi.

Mustahil kalau saya katakan berniaga itu mudah dan boleh dapat hasil yang lumayan tanpa berusaha keras, hanya keluar modal, anda akan berjaya mendapat pulangan yang lumayan. Pelabur2 yang bermodal besar juga harus bijak memilih perniagaan yang harus mereka laburkan wang mereka untuk mendapatkan keuntungan, inikan pula peniaga kecil dan sederahana, lebih2 lagi yang baru menceburkan  diri dalam perniagaan.

Business Risk


Ramai yang bertanya kepada saya apakah risiko perniagaan sewaan kanopi? Mustahil juga jika saya katakan langsung tiada risiko dalam perniagaan sewaan kanopi. 

Dua perkara penting dalam menentukan kejayaan dalam perniagaan iaitu berfikiran negatif ataupun positif. Sudah tentu kita mahukan yang positif. Tak ada orang yang mengaku dia bersikap negatif. Tapi adakah anda benar2 positif?

Orang yang bersikap negatif adalah orang yang suka mengkaji risiko setiap perniagaan. Mereka mungkin pakar dalam bab2 risiko ni tapi malangnya juga pakar dalam mencari alasan untuk menidakkan kebaikkannya. Sentiasa mencari alasan untuk memomokkan diri agar tidak menghadapi risiko tersebut kerana takut dengan kegagalan, akan menjadikannya kerugian dan kesusahan yang teruk.

Orang yang bersikap positif bukan sahaja suka mengkaji risiko setiap perniagaan tetapi juga mengkaji cara untuk mengatasi risiko tersebut. Setiap risiko akan dikenalpasi dan dianalisa tahap kesukarannya seterusnya mencari cara jalan penyelesaiannya dengan sebaik mungkin. Mereka akan bersikap positif dengan mengambil setiap kesukaran adalah pelajaran dari pengalaman yang tidak akan dipelajari oleh mereka yang bersikap negatif. 

Sebagai contoh, kebanyakan orang selalu menilai seseorang itu dari rupa paras, bahawa muka yang garang mempunyai hati yang keras manakala muka yang cantik mempunyai hati yang lembut. Kita tidak akan tahu selagi kita tidak bertemu dan menyapanya... 

Pengenalpastian risiko adalah penting dalam memastikan perniagaan berjalan dengan lancar. Setiap risiko yang telah dikenalpasti perlu diambil perhatian agar tidak mendatangkan masalah besar. Langkah2 atau persediaan yang rapi perlu dilakukan untuk mengurangkan setiap risiko yang bakal dihadapi. Risiko tetap ada, cuma kita perlu menghadapinya dengan bijak dan mental yang kuat serta berdisiplin.

Saya menyenaraikan beberapa risiko utama dalam perniagaan penyewaan kanopi dan berharap ini akan menjadi panduan bagi mereka yang baru atau baru terdetik untuk menceburi bidang ini tapi masih was2 kerana tidak tahu risiko yang bakal dihadapi.

1. Kecurian  
Perlu diingat bahawa ramai pengusaha kanopi yang terleka dengan keselamatan penjagaan barang mereka dan menghadapi masalah ketika sedang bersedia untuk memasang kanopi setelah menerima tempahan pada masa yang ditetapkan, tiba2 didapati beberapa komponen mereka hilang akibat dicuri oleh mereka2 yang tidak bertanggungjawab.
Apakah puncanya?
Sikap tidak apa dalam menyediakan tempat simpanan yang selamat bagi barangan kanopi akan mengakibatkan kanopi dicuri terutama logam. Walau kecurian hanya satu bahagian sahaja, kanopi mungkin tidak boleh dipasang. sebagai contoh, besi star, malah besi palang tepi kerap dicuri jika tidak berhati2.
Langkah pencegahan:
Sediakan tempat simpanan yang selamat agar pencuri sukar untuk melakukan kegiatan mereka.

2. Penipuan oleh pembekal / pembuat kanopi / khemah
Ramai pembekal atau pembuat khemah menyatakan kanopi mereka adalah yang terbaik dengan harga yang termurah, namun jika dilihat semula setelah menggunakannya, spesifikasi yang diberikan adalah jauh berbeza dari apa yang didakwa. 
Apakah puncanya?
Pemilihan kanopi yang tidak bijak dengan memilih pembekal yang hanya mahu mengaut keuntungan tanpa mengira keperluan pembeli.
Langkah pencegahan:
Buat sedikit kajian dengan membaca maklumat-maklumat yang diperlukan dalam pemilihan kanopi yang baik. 
Contoh: baca blog Saidina Group - Pembekal Kanopi Utama Malaysia..

3. Hasil kerja yang menjadi rungutan pelanggan. 
Pelanggan sentiasa mehukan yang terbaik hasil dari wang yang mereka bayar. Namun jika pengusaha kanopi tidak dapat menepati janji dengan memasang selain dari yang dirancang serta selalu lambat tanpa mengikut jadual, akan menaikkan kemarahan pelanggan seterusnya mendatangkan masalah kepada pengusaha kanopi itu sendiri.
Apakah puncanya?
Pekerja yang tidak berdisiplin dan tidak menepati masa  serta membuat kerja dengan sambil lewa tanpa menghiraukan kehendak pelanggan. Ini disebabkan oleh perkerja yang tiada pengawasan semasa pemasangan dan penyelenggaraan.
Langkah pencegahan:
Jika pemilik atau pengusaha kanopi bukanlah pemasang, maka mereka perlu berada setiap kali kerja2 pemasangan dilakukan di tempat majlis yang akan diadakan. Memang sifat manusia yang kurang motivasi akan mencari jalan mudah untuk meremehkan kerja mereka jika tiada pengawasan dilakukan. 
Perkara ini juga bukan sahaja akan merosakkan rancangan yang telah di buat, malah akan menyebabkan kerosakan peralatan set kanopi itu sendiri dalam jangka masa panjang disebabkan penyelenggaraan yang tidak betul tanpa pengawasan, seperti menggulung kanvas dengan cara yang tidak kemas menyebabkan kanvas lebih cepat rosak dan sebagainya. 

4. Penipuan oleh pelanggan
Ramai pengusaha kanopi yang tertipu oleh pelanggan yang gagal membayar perkhidmatan sewaan seperti yang dijanjikan. Pelanggan tersebut akan memberikan berbagai alasan untuk melarikan diri dari membayar segala hutang yang dijanjikan semasa membuat tempahan. Pengusaha kanopi yang terlibat akan mengalami kerugian yang serius jika perkara sebegini berlanjutan sehingga mereka boleh gulung tikar kerana tidak mampu membayar gaji pekerja dan kos penyelenggaraan yang lain akibat modal pusingan yang tersangkut oleh pemiutang.
Apakah puncanya?
Sikap yang terlalu mempercayai orang lain dengan harapan pelanggan akan menyukai mereka adalah satu sikap yang perlu dihindari dalam perniagaan perkhidmatan sewaan kanopi, malah perniagaan lain juga. Segelintir peniaga agak terdesak untuk mendapatkan "job" dengan merelakan pelanggan berhutang atau membayar lewat. Setiap pelanggan yang mahu membuat majlis yang besar, sepatutnya telah menyediakan peruntukan yang secukupnya tanpa menangguhkan pembayaran jika diminta.
Sikap yang "desperate" dan "tamak" juga akan menjadikan peniaga mengalami kerugian besar dengan mengambil mudah semua syarat pembayaran tanpa menghiraukan akibat daripadanya.
Langkah pencegahan:
Pastikan pelanggan atau wakil jualan membayar deposit sekurang2nya 50% atau 70% sebelum menyediakan sebarang perkhidmatan atau meminta bayaran sebaik pemasangan. Jagan teragak2 utk membuka semula jika bayaran tidak diterima. 
Jadilah pengusaha sewaan kanopi yang berjiwa kental tanpa tergoda janji2 pelanggan atau wakil jualan.

5. Penipuan oleh wakil jualan / agen   
Ada juga segelintir pengusaha sewaan kanopi yang mempercayai agen atau wakil jualan dari pihak lain yang menjanjikan bayaran yang lumayan atau kontrak yang panjang jika menggunakan khidmat mereka. Mereka diminta menyediakan perkhidmatan penyewaan untuk majlis2 yang dianjurkan oleh pihak kerajaan atau syarikat2 besar dengan tempoh pembayaran yang mengambil masa beberapa minggu setelah perkhidmatan diberikan. Segala pembayaran dari pihak penganjur akan dibayar ke akaun agen atau wakil jualan tersebut, namun apabila tiba masanya untuk mereka membuat pembayaran kepada pemberi perkhidmatan, berbagai alasan diberikan, ada juga yang menyatakan bahawa pembayaran tidak diterima sedangkan mereka telah mengaut keuntungan hasil penipuan tersebut.
Apakah puncanya? 
Terlalu mempercayai Wakil Jualan / Agen yang menjanjikan projek dan bayaran yang lumayan serta projek yang berterusan akan memakan diri sendiri.
Langkah2 pencegahan:
Jangan percaya bulat2 kepada wakil jualan atau agen yang menawarkan "job" kerajaan atau syarikat besar. Mereka juga perlu membayar deposit seperti biasa sebagaimana penyewa atau penyelengggara majlis yang lain. Ini kerana tiada jaminan bayaran kepada pemberi perkhidmatan disebabkan bayaran akan terus ke akaun mereka kecuali sebaliknya.
Jadilah pengusaha sewaan kanopi yang berjiwa kental tanpa tergoda janji2 pelanggan atau wakil jualan.

6. Bencana Alam seperti hujan lebat dan ribut taufan
Hujan yang terlalu lebat dengan air yang mencurah2 serta angin yang kuat akan menyebabkan khemah / kanopi runtuh atau terbang. Ini juga membahayakan pengunjung yang berteduh di bawah kanopi tersebut. Kerosakan kanopi akan menyebabkan pemilik mengalami kerugian besar di mana kerosakan akibat bencana alam tiada dalam jaminan kilang. Segala kerosakan akan ditanggung oleh pemilik sendiri.
Apakah puncanya? 
Tiada persediaan dan sikap mengambil remeh keadaan geografi setempat serta cuaca semasa. Pembelian kanopi dengan design (rekabentuk) yang lemah juga akan meninggikan lagi risko tersebut. Cara pemasangan yang sambil lewa juga boelh menyebabkan kanopi roboh akibat kelonggaran struktur ketika menampung air hujan yang begitu lebat.
Langkah2 pencegahan:
Perlu peka kepada keadaan cuaca tempat pemasangan dilakukan. Jangan pasang khemah atau ambil langkah2 keselamatan yang rapi semasa pemasangan pada musim tengkujuh atau keadaan cuaca buruk atau angin yang kuat. Baca blog kami untuk kaedah mengurangkan risiko kesan bencana hujan lebat dan aingin yang kuat.

Risiko2 di atas adalah yang paling utama yang perlu anda tau sebelum memulakan perniagaan sewaan kanopi bagi membuat persediaan agar jiwa anda kental dan lebih terautur dalam setiap perancangan anda.

Ada juga segelintir pengusaha kanopi yang gagal mengawal emosi dan jiwa mereka apabila berhadapan suasana berikut dengan keadaan yang tidak bersedia. Ini menjadikan gugurnya semangat mereka akibat kekecewaan yang telah mereka alami setelah lari dari target atau matlamat yang mereka telah tetapkan.

Persediaan awal bagi mengatasi atau mengurangkan risiko yang bakal dihadapi oleh setiap pengusaha sewaan kanopi.

1. Modal Asas
Sediakan modal yang mencukupi sekiranya anda bertekad untuk memulakan perniagaan sewaan kanopi dengan peralatan yang lengkap agar tidak menghadapai masalah apabila pelanggan perlukan kelengkapan atau aksesori yang sempurna. Saidina Excel Canopy sentiasa bersedia membekalkan sebarang peralatan yang diperlukan oleh pelanggan, hanya sediakan modal yang sesuai dan mencukupi. 
Anda masih boleh menyewa peralatan tersebut dari penyewa kanopi yang berhampiran dengan anda, jika peralatan yang diminta pelanggan tidak mencukupi, namun bergantung kepada kekosongan tempahan yang mereka terima. 
Perkara asas seperti ruang penyimpanan yang selamat, pengangkutan seperti lori dan tenaga kerja yang mencukupi perlu diambil kira sebelum meneruskan dengan modal yang ada. Ada yang terlepas pandang perkara2 sebegini menjadikan rancangan mereka tersangkut di tengah jalan. Buat perancangan yang rapi jika mempunyai peruntukan modal yang rendah.

2. Komitmen dan semangat tidak putus asa
Ada pengusaha kanopi yang patah semangat mereka apabila menghadapai kerenah pelanggan dan kegagalan memenuhi kehendak pelanggan pada masa yang telah ditetapkan. Keadaan aini biasanya berlaku apabila tiada persediaan awal yang rapi oleh pengusaha kanopi itu sendiri. Menganggap semua telah sempurna, akibatnya apabila tiba masa pemasangan, kucar-kacir disebabkan peralatan yang disangka telah tersedia tidak mencukupi. Persediaan awal amat perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan memastikan semua berjalan dengan lancar. 

3. Rekod jual beli & perbelanjaan yang teratur.
Sediakan rekod jual beli bagi setiap pembayaran oleh pelanggan. Masukkan semua bayaran tersebut ke dalam bank dahulu sebelum dugunakan untuk tujuan lain. Selesaikan semua bayaran terutama upah atau gaji pekerja dan lain2. Perlu ada rekod untung rugi agar tidak "overuse" atau terlebih pakai modal yang ada. 

Panduan2 di atas adalah perkara2 yang biasa berlaku dalam perniagaan sewaan kanopi. Anda akan bertemu denganberbagai2 lagi cabaran dalam perniagaan. Itu adalah wajib bagi setiap peniaga bagi mengentalkan dan mengutakan jiwa sebagai orang yang berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda sebagai panduan bagi meneruskan niat anda untuk perniagaan sewa kanopi. Jadilah POSITIF!!!

Buat tanpa Tapi
Lakukan tanpa Nanti.
Kebalkan hati dan emosi.
Kegagalan bukanlah pada diri tapi hanya gagal pada percubaan. 
Teruskan tanpa henti. 
Kejayaan akan menanti pasti... 

Hubungi Kami untuk sebarang tempahan set lengkap kanopi. Kami sentiasa bersedia untuk membantu anda. Baca lagi post2 dalam blog ini yang ini untuk memantapkan pengetahuan anda dalam bidang ini. Semoga Allah memberkati semua yang anda lakukan dengan penuh ikhlas. In sha Allah.

Wassalam 
































Catat Ulasan

0 Ulasan