Peluang Perniagaan / Pendapatan terbuka luas


Kerap kali admin menerima panggilan dari jauh betanyakan perkhidmatan sewaan kanopi / khemah. Kadang2 dari Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, malah Sabah dan Sarawak pun ada. Kedengaran rungutan kecil atas kekesalan tiadanya pengusaha kanopi berdekatan dengan mereka yang ada kekosongan. Semua penuh sudah ditempah. Akhirnya terpaksa menyewa dari jauh yang harganya lebih mahal kerana kos pengangkutan tambahan.

Admin mohon maaf kerana pihak Saidina tak menyewakan ke luar dari kawasan Hulu Selangor. Kami membiarkan kepada pelanggan2 kami untuk merebut peluang2 perniagaan yang menguntungkan ini. Namun Admin mencadangkan pemanggil untuk ke Google Search dan taip Sewa Kanopi di kawasan tempat masing2 (cth: "Sewa Kanopi Shah Alam" atau "Sewa Kanopi Selangor" atau lain2 negeri tempat majlis yang akan diadakan. Insha Allah akan jumpa website Saidina yang menyediakan senarai pengusaha sewaan kanopi berdekatan tempat anda.



Kanopi adalah satu keperluan dalam komuniti masyarakat. Banyak perkara yang melibatkan komuniti memerlukan kanopi. Dalam senario di atas, memang kerap berlaku, terutama bila adanya perayaan yang kita maklum bahawa di Malaysia sememangnya negara yang paling banyak perayaan dalam kalender. 

Kami menyediakan pakej set kanopi berbagai jenis mengikut kemampuan dan keperluan.




Anda juga boleh mendapatkan kanopi berkualit dengan harga yang murah (penghantaran percuma ke lembah Klang).




Catat Ulasan

0 Ulasan